Faisal Halim: Takkan Sebulan Sebelum Tamat Kontrak Baru Nak Buat Keputusan
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim meluahkan rasa kecewa sekiranya terpaksa berpisah dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Hubungan akrab pemain sayap lincah ini sudah pun diketahui umum setelah menyatakan secara terbuka untuk kekal bersama pasukan sekiranya pengendali tersebut kekal.

Walau bagaimanapun, bintang berusia 24 tahun itu jelas kurang berpuas hati dengan tindakan pihak pengurusan Terenggany yang seolah-olah tidak menghargai pengorbanan para pemain dan barisan kejurulatihan pada musim ini.

Advertisements

“Apa yang saya boleh katakan ini semua keputusan daripada pihak pengurusan Terengganu.”

“Kami para pemain sudah pun melakukan tugas dengan baik sejak awal musim lagi. Takkan sebulan sebelum tamat kontrak baru nak buat keputusan, itu tak masuk akal,” jelasnya kepada HarimauMalaya.

Beliau juga mengakui sangat kecewa sekiranya tidak lagi bersama Nafuzi bersama pasukan musim hadapan setelah melalui pahit manis bersama beliau.

Advertisements

Namun begitu, beliau sedar ini juga merupakan lumrah sebagai seorang pemain bola sepak dan apa jua yang terjadi, beliau tetap akan meneruskan perjuangan ini.

Bekas bintang Sri Pahang ini juga mahu menghadiahkan sekurang-kurangnya satu piala buat pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram