Faisal Halim Yakin Pan-gon Individu Yang Tepat Buat Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Abdul Halim percaya bahawa Kim Pan-gon mampu untuk menjelmakan kejayaan buat pasukan Harimau Malaya.

Dalam satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 24 tahun itu yakin dengan kemampuan dan percaturan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

Sungguhpun begitu, beliau percaya bahawa Pan-gon masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan menerapkan segala falsafah ke dalam permainan pasukan kebangsaan.

Advertisements

’Kita perlu masa sikit lagi untuk betulkan apa yang perlu dan saya rasa pasukan di bawah kendalian coach Kim akan mencapai kejayaan, ’ -Faisal Halim, pemain sayap negara.

Faisal yang melalui musim yang cukup cemerlang di bawah kendalian jurulatih, Nafuzi Zain musim lalu telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlang bersama Harimau Malaya.

Beliau yang dipanggil bermula di bawah kendalian bekas pengendali negara, Tan Cheng Hoe berjaya menampilkan aksi yang cukup baik sebelum terus mendapat kepercayaan bersama Kim Pan-gon.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Faisal sentiasa memperagakan aksi yang bertenaga dan bekerja keras setiap kali diberi peluang untuk beraksi.

Kini, beliau sudah pastinya mahu menampilkan aksi yang lebih konsisten dalam usaha mengukuhkan tempat dalam pasukan kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram