Advertisement
Faiz Gurun: Fergus Tierney Patut Dibawa Ke Piala Asia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Penganalisis bola sepak, Faiz Gurun melihat bintang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Fergus Tierney patut dibawa menyertai skuad senior Malaysia ke Piala Asia 2023.

Ini kerana skuad senior kebangsaan ketandusan penyerang tulen untuk mengetuai bahagian serangan. Antara penyerang yang dipanggil ke skuad kebangsaan ialah Syafiq Ahmad (JDT), Darren Lok (Sabah FC) dan Shahrel Fikri Fauzi (Negeri Sembilan FC).

Sekiranya kecederaan menimpa salah seorang daripada tiga penyerang ini, ini akan memaksa Kim Pan-gon menggunakan kapten KL City FC, Paulo Josue sebagai penyerang. Ini dapat dilihat dalam beberapa aksi persahabatan Harimau Malaya termasuk menentang Syria baru-baru ini.

Justeru, Faiz melihat kehadiran Tierney sebagai alternatif mampu memberi kelebihan kepada Harimau Malaya bila Piala Asia 2023 bermula.

“Yang ketandusan kita ni (untuk skuad kebangsaan) ialah penyerang. Sehinggakan di international break (rehat antarabangsa) kalau kita ingat lawan Solomon Island di Terengganu, kita pakai (Paulo) Josue di depan sebab takde siapa yang bermain di depan sebagai striker (penyerang).

“Jadi untuk support (sokong) Darren Lok dan Syafiq Ahmad (dalam Piala Asia), aku akan bawa Fergus Tierney,” katanya dalam program Bola Itu Life di Astro Arena.

Tierney merekodkan 11 penampilan untuk skuad B-23 dan B-22 negara setakat ini. Dalam tempoh tersebut, penyerang berdarah Scotland itu menjaringkan empat gol dan mencipta satu bantuan gol.