Dunia
Penang FC
Advertisements

Faiz Subri kini sah kembali mewarnai arena bola sepak tempatan apabila mengikat kontrak sebagai pemain bersama pasukan Penang FC. Berita rasmi ini disampaikan menerusi laman Facebook Penang FC pada hari ini.

Pemain tengah berusia 33 tahun ini pernah menyarung jersi pasukan Harimau Kumbang antara tahun 2015 hingga tahun 2019. Malah jaringan luar biasa beliau sewaktu beraksi bersama Penang membolehkan Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas pada tahun 2016.

Kepulangan yang tidak dijangka ini merupakan satu berita yang agak mengejutkan kerana sebelum ini Faiz Subri telah dikaitkan bersama pasukan Kelantan FC ekoran isu jawatan sebagai jurulatih Teqball. Namun pada hari ini beliau telah menyerahkan surat terima tawaran sebagai pemain kepada Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, YB Tuan Soon Lip Chee sewaktu hadir sebagai tetamu khas di Program Sukan Untuk Semua: Klinik Bolasepak Penang FC anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Advertisements
FB IMG 1635046744108 Faiz Subri Kini Kembali Bergelar Pemain Penang FC
Gambar dari Facebook Penang FC

Kepulangan beliau turut disambut baik oleh para penyokong Penang FC di ruangan komen dimana rata-rata penyokong mengucapkan selamat kembali dan berharap kehadiran semula Faiz Subri dalam pasukan Penang dapat membantu pasukan tersebut dalam meraih kemenangan.

Faiz Subri yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam sepakan percuma bakal menguatkan lagi barisan jentera tengah Penang FC. Faiz juga memiliki kebolehan melakukan percubaan berbahaya dari luar kotak penalti. Walaupun sudah berusia 33 tahun dan telah meninggalkan pentas Liga Super hampir 2 tahun, Faiz Subri dilihat masih lagi cergas dan bertenaga ketika ini.

Faiz Subri kini sudah berusia 33 tahun

Sebelum ini, Faiz Subri turut pernah beraksi bersama pasukan Perlis, T-Team dan Kelantan. Nama beliau kemudiannya melonjak naik ekoran jaringan bertaraf dunia bersama Penang FC sewaktu menentang Pahang dari jarak 32 meter.

Advertisements

Penang FC ketika ini sedang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 dalam Kumpulan A bersama KL City, Sri Pahang dan Sarawak United. Penang berjaya meraih 1 mata dalam 2 perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia setelah kalah mengejut kepada Sarawak United dan seri bersama KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram