“FAM Tidak Mendapat Pendapatan” Faizal Azumu Jelaskan Kerajaan Bantu FAM Bersebab
Dunia
Advertisements

Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan bahawa kerajaan memberikan dana RM10 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membantu persatuan tersebut beroperasi.

“Mereka (FAM) tidak mendapat pendapatan, iaitu hasil daripada penganjuran liga dan ini menyukarkan mereka untuk beroperasi dan atas sebab itulah kerajaan memberikan bantuan.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri tentunya akan berikan kerjasama penuh kepada FAM untuk mempopularkan lagi (bola sepak) sekali gus mengekalkan bola sepak sebagai sukan nombor satu di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Akademi Tunas Tambun Perak di Padang Awam Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak pada Sabtu. (Bernama)

Advertisements

Faizal turut menafikan tuduhan bahawa kerajaan mengabaikan kebajikan sukan lain sebaliknya menjelaskan KBS sedang mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit.

“Kerajaan perlu berbelanja mengikut kemampuan. Itu sedang kami lakukan dan apa jua permasalahan kami sedang ambil perhatian yang serius dan akan memastikan ia dapat dirungkai secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini tindakan kerajaan memberikan dana RM10 juta kepada FAM dipersoal oleh sebahagian pemerhati sukan tanah air termasuklah Noraseela Khalid yang mahu kerajaan turut cakna dengan keperluan persatuan lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram