Faizal Azumu Mahu Harimau Malaya Contohi Perjuangan KL City
Dunia
Advertisements

Menurut kenyataan dikeluarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau mempunyai pendirian bahawa skuad kebanggsaan kini sudah bersedia bagi menghadapi Piala AFF Suzuki 2020 seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Kejayaan yang diperoleh pasukan KL City dalam menewaskan pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim ketika aksi peringkat akhir Piala Malaysia bakal menjadi batu loncatan buat barisan pemain Harimau Malaya dalam merangkul kejuaraan Piala AFF kali ini. 

Menurut Ahmad Faizal, beliau menyatakan dalam permainan bola sepak apa sahaja keputusan boleh berlaku. Kejayaan pasukan KL City sebagai pasukan underdog dalam merangkul Piala Malaysia boleh dijadikan contoh bahawa pasukan pilihan tidak semestinya boleh menjadi juara. 

Advertisements

“Saya berpendirian pasukan kita sudah bersedia. Namun dalam sukan bola sepak ini kita pernah tengok di pertandingan akhir Piala Malaysia, JDT menentang KL City.”

“Semua orang kata JDT akan menang besar, namun akhirnya KL City berjaya merangkul kejuaraan. Begitu juga dengan pasukan bola sepak negara kita, mungkin persiapan dibuat dan pemain berada di tahap yang terbaik namun bola itu bulat, apa juga boleh berlaku,”

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu turut mendoakan kejayaan skuad kebanggsaan dan menyeru para penyokong di Malaysia untuk terus memberikan sokongan yang padu buat pasukan Harimau Malaya tidak kira apa keputusan yang berlaku. 

Advertisements

“Sebagai peminat bola sepak, saya dan semua penyokong dapat memberi sokongan kepada pasukan yang akan membawa nama negara.”

“Jika jatuh kita bangkit semula, apa juga keputusannya kita perlu belajar dan terus memperbaiki prestasi kita,” Kata Faizal Azumu kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram