fbpx

Faizal Azumu: Penyokong Boleh Kembali Ke Stadium Tidak Lama Lagi

Youtube: Harian Metro

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang memperhalusi kebenaran untuk para penyokong bola sepak memasuki stadium.

Pengumuman yang dibuat dalam satu sidang media di parlimen hari ini menjelaskan kebenaran memasuki stadium ini termasuk akan membincangkan secara terperinci berkaitan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai.

Tambah Datuk Seri Faizal, berkemungkinan besar penyokong bola sepak kita akan diberi peluang untuk memasuki stadium untuk mewarnai dan memeriahkan lagi dalam saingan Piala Malaysia kelak.

“Berita baik, cadangan telah dibuat dan insyaAllah jemaah menteri akan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah kami bawakan untuk kemungkinan membuka kembali stadium-stadium kita bagi kita meraikan kemeriahan Piala Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.”

Datuk Seri Faizal turut menegaskan, jika stadium dibuka semula nanti peminat bola sepak perlulah sentiasa mematuhi setiap prosedur yang telah ditetapkan.

“InsyaAllah, perkara ini kalau kita dapat lakukan sekali lagi iainya akan dibuat dengan SOP yang ketat. Maka peminat bola sepak jika ianya dibenarkan nanti, mestilah tetap patuh kepada SOP,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.