Faizal Azumu: Skuad B-23 Negara Bukan Kaleng-Kaleng
Dunia
BERNAMA
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin skuad bawah 23 tahun negara bakal menampilkan persembahan memukau pada temasya Sukan SEA Hanoi yang bakal melabuhkan tirai pada 7 Mei depan.

Faizal Azumu menjelaskan bahawa pasukan bola sepak Malaysia masih digeruni di peringkat Asia Tenggera ketika ini. Walaupun persiapan pasukan kendalian Brad Maloney ini bermula agak lambat, namun kemampuan para pemain yang ada mampu menutup kelompongan pasukan.

“Walaupun persiapan pasukan terlewat sikit, tetapi kemampuan para pemain itu saya fikir kita bukan tahap ‘kaleng-kaleng’. Kita satu pasukan yang masih digeruni di peringkat Asia Tenggara.”

Advertisements

Faizal atau lebih mesra dengan sapaan Peja mengharapkan para pemain muda negara mampu memberikan saingan terhadap pasukan lawan dan memberikan segalanya ketika di dalam padang.

“Jadi saya amat yakin kita akan berikan saingan yang paling baik,” kata Peja kepada Sinar Harian pada sidang media Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pada Rabu.

Brad Maloney bagaimanapun tidak meletakkan apa-apa sasaran spesifik buat pasukan, namun memberi jaminan anak buahnya akan memberikan yang terbaik pada temasya kali ini.

Advertisements

Skuad kali ini diharap dapat menamatkan penantian lebih sedekad buat Malaysia membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak di pentas Sukan SEA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram