7 Fakta Penting Tentang Kemenangan Indonesia Lawan Malaysia
Dunia
FAM-PSSI
Advertisements


Penentuan tempat ketiga melibatkan pasukan Indonesia menentang Malaysia menyaksikan mereka berjaya menang menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-3.

Perlawanan 90 minit berlangsung dengan cukup sengit apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Pasukan kendalian Shin Tae-yong memperagakan aksi yang cukup baik dan memperoleh jaringan menerusi jaringan Ronaldo Kwateh sebelum Hadi Fayyadh menyamakan kedudukan.

Advertisements

Kemenangan ini juga membawa kepada 7 fakta penting yang melibatkan pertembungan kedua-dua pasukan ini.

1.Pingat gangsa ini menjadi pingat kedua Shin Tae-yong.

Ini merupakan pingat kedua yang diraih oleh pengendali dari Korea Selatan itu sejak mengendalikan pasukan kebangsaan Indonesia. Sebelum ini, beliau telah berjaya membantu Sang Garuda untuk memperoleh tempat kedua pada kejohanan Piala AFF Suzuki.

Advertisements

2.Shin Tae-yong menyamai rekod pengendali terdahulu.

Pencapaian pengendali berusia 51 tahun ini juga sekaligus meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama seperti Bernd Fisher, Anatoli Folosin, Bernhard Schumm dan juga Luis Milla yang turut mengemudi Indonesia meraih pingat Gangsa.

3.Pingat Gangsa kelima Indonesia di Sukan SEA.

Advertisements

Ini juga menjadi pingat gangsa kelima yang pernah diraih Indonesia selepas mencatat rekod empat kali bermula 1981, 1989, 1999 dan juga 2017.

4.Kehilangan tonggak utama tidak menjejaskan persiapan Indonesia.

Perancangan Shin Tae-yong tidak terjejas sungguhpun terpaksa merencanakan pelan baharu selepas beberapa tonggak utamanya seperti Egy Maulana, Firza Andika, Rachmat Irianto dan juga Ricky Kambuaya.

Advertisements

Malah, beliau berjaya untuk menyesuaikan pemain sedia ada dalam usaha untuk membentuk gandingan yang baik di atas padang untuk membenam Malaysia.

5.Persiapan rapi dijalankan di Korea Selatan

Pasukan muda Indonesia ini melakukan persediaan yang sangat rapi apabila mereka mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di Korea Selatan.

Sungguhpun tewas dalam perlawanan di sana,  ia ternyata memberi motivasi terbaik buat pasukan ini apabila turun dengan sangat cemerlang dalam kejohanan ini.

6.Ledak 12 gol sepanjang kejohanan Sukan SEA 2021.

Mereka berjaya menjaringkan 12 gol selain bolos 7 gol dalam semua perlawanan termasuklah ketika menewaskan Malaysia tadi.

7.Malaysia terlepas peluang kali ketiga.

Ini merupakan kali ketiga pasukan negara terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa selepas edisi tahun 1965 dan juga 2013.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram