Advertisements
Fakta Tak Masuk Akal Hatrik Amri Yahyah Dikaitkan Dengan ‘Nombor Sempurna’
Trivia
MakanBola
Sabah FC

Disebalik kemenangan bergaya Sabah membenam Kedah Darul Aman 4-0 di Likas terdapat beberapa fakta menarik yang diluar kotak pemikiran manusia.

Ianya berlaku tanpa sesiapapun boleh menduga namun ianya sudah menjadi suratan takdir Maha Pencipta.

Sabah berjaya membenam Kedah 4-0 dengan pemain lagenda Harimau Malaya, Amri Yahyah berjaya memperoleh hatrik pada waktu dan masa yang amat ‘menggerunkan’.

Pada usianya yang menjangkau 41 tahun, Amri Yahyah berjaya menjaringkan hatrik pada minit ke-51, 61, dan 71 dengan setiap jaringan berselang 10 minit.

Seperti yang ditularkan oleh Media CakapSukan, selain umur Amri yang kini menjangkau usia 41 tahun, jaringannya juga berlaku pada masa yang sempurna.

Selepas 6 perlawanan Liga Super musim 2022, Amri Yahyah kini telah berjaya menjaringkan 3 gol dan dalam keadaan baik untuk memecahkan rekodnya musim lepas (7 gol).