Faktor Kim Swee Sekali Lagi Main Peranan Penting Sabah Pancing Pemain
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Kekuatan aura Dato’ Ong Kim Swee nampaknya sekali lagi menjadi faktor penting di dalam membantu Sabah memancing pemain-pemain tempatan berkualiti bagi mengharungi musim 2023.

Salah seorang pemain baru Sabah, Irfan Zakaria mendedahkan keinginan untuk kembali bermain di bawah bimbingan Kim Swee antara sebab dia memilih meninggalkan KL City yang diwakilinya selama dua musim.

“Dua tahun di Kuala Lumpur, saya rasa telah mendapatkan banyak kejayaan besar seperti tahun lalu memenangi Piala Malaysia pada usia 100 tahun dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Cheras.

Advertisements

“Musim ini, kami layak ke perlawanan akhir Piala AFC walaupun tanpa bajet yang besar, rahsianya semangat kekeluargaan yang menjadi kekuatan KL City dan saya tidak pernah ada masalah dengan pasukan.

“Mungkin bila dilihat faktor ini semua, saya tidak ada sebab untuk keluar dari pasukan namun keputusan saya ke Sabah adalah didorong kerana mahu mencari pengalaman baharu demi kemajuan karier, serta mahu kembali bekerjasama dengan Kim Swee.

“Bukan mudah saya buat keputusan ini malah dalam minggu lepas baharu saya memuktamadkan untuk ke Sabah kerana dalam masa sama turut berbincang dengan Bojan Hodak tentang perancangan KL City musim depan.

Advertisements

“Saya pernah bermain di bawah Kim Swee semasa beraksi di skuad bawah 23 tahun dan untuk ke sini, saya ada berbincang dengan beliau serba sedikit tentang taktikal musim depan.

“Jadi, mengenalinya sejak dahulu, saya dan sebahagian besar rakan-rakan lain yang pernah bersama-sama semasa Harimau Muda dan skuad Bawah 23, kami tahu cara dia bekerja sama ada dalam atau luar padang. Kami memahami falsafah bolasepak yang diterapkannya.

“Sedikit sebanyak kami mungkin boleh ikuti perancangan taktikal terbaharu yang beliau inginkan bagi harungi musim depan, ia pastinya akan memberi kelebihan buat Sabah yang akan turut berjuang di Piala AFC,” kata Irfan.

Advertisements

Selain Irfan, Sabah turut menandatangani Darren Lok manakala Stuart Wilkin pula menyertai mereka secara kekal selepas bermain secara pinjaman pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram