3 Faktor Mengapa Syahrian Abimanyu Bakal Menyinar Di Johor Darul Ta’zim
Blog
Bolalob.com
Advertisements

Pemain tengah Indonesia, Syahrian Abimanyu tampak telah menyesuaikan diri bersama pasukan utama Johor Darul Ta’zim setelah dinaikkan pangkat untuk menggantikan kapten pasukan kebangsaan Singapura, Harris Harun yang pulang untuk bermain di kelab negara kelahirannya pada musim perpindahan pusingan kedua yang lalu.

Walaupun hanya bermain sebanyak dua perlawanan pada musim ini, namun aksi daripada pemain berusia 22 tahun itu sememangnya akan ditagih oleh JDT untuk musim-musim yang mendatang setelah menunjukkan komitmen yang baik ketika latihan dan juga aksi yang memberangsangkan setelah diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan Liga Super.

Beberapa blog dan juga laman Instagram daripada Indonesia telah mengungkapkan terdapat beberapa faktor yang akan menjadi kunci kejayaan Abimanyu di Liga Malaysia. Berikut merupakan 3 faktor tersebut :

Advertisements

1- Mudah Untuk Menyesuaikan Diri

Berdasarkan perjalanan karier Syahrian Abimanyu, beliau pernah berkelana ke Sepanyol untuk menyertai pasukan muda Levante selama satu tahun daripada 2016 sehingga 2017 sebelum pulang untuk menyertai pasukan Persija Jakarta.

Walaupun hanya setahun di Sepanyol, pemain yang mesra disapa dengan panggilan nama “Abi” itu menunjukkan beliau memiliki mental sebagai seorang pemain bola sepak professional dengan berjaya mempelajari bahasa Sepanyol dengan hanya 6 bulan. Oleh itu, tidak mustahil beliau bakal menyesuaikan diri dengan susana Liga Malaysia dengan lebih cepat.

Advertisements

2. Mempunyai Disiplin Yang Tinggi

Latihan dan juga sistem yang diterapkan di Sepanyol menjadikan Syahrian Abimanyu mempunyai disiplin yang lebih tinggi berbanding pemain Indonesia yang lain. Sepanjang bermain di Liga Indonesia, beliau dikhabarkan menjaga makan dan fizikal badan untuk menjaga aksinya di atas padang.

Beliau juga mengakui bahawa di Sepanyol amat menitik beratkan disiplin daripada seorang pemain. Sebagai contoh, sekiranya terdapat seorang pemain yang terlewat datang ke pusat latihan, pemain tersebut akan disuruh pulang daripada menjalani latihan dan akan didenda.

Advertisements

3. Mempunyai Sikap Yang Baik

Sikap yang baik akan menjadi faktor yang penting untuk Abi berjaya di JDT. Dengan sikap yang baik dan juga rendah diri, beliau akan dapat menuntut lebih banyak ilmu daripada pemain-pemain lain di pasukan yang dikelilingi bintang seperti pasukan JDT,

Sikap Abimanyu yang baik diakui oleh bekas pengurus pasukan T-Team, Rahmad Darmawan yang mengatakan bahawa Syahrian Abimanyu bakal menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan akan berjaya di Liga Malaysia berdasarkan sikap baik dan disipilin yang ditampilnya.

Advertisements

Walaupun masih terlalu awal untuk menilai, penulis berharap semoga Syahrian Abimanyu bakal menyinar bersama pasukan Johor Darul Ta’zim dan dapat memberikan impak kepada pasukan sepertimana yang diberikan oleh bekas kapten JDT, Harris Harun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram