Dunia
Man Utd + Tunku Ismail Idris
Advertisements

Bintang bola sepak terkenal, Radamel Falcao sebelum ini pernah dikaitakan dengan ura-ura perpindahan beliau ke Johor Darul Ta’zim. Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris hari ini ada membuat satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) kelihatan teruja sedang bersama Falcao berhubung melalui satu sesi video call. Melalui gambar yang dimuat naik itu, TMJ dan Falcao kelihatan sangat gembira, sedang senyum dan bergelak ketawa.

Kita sedia maklum, penyerang baru Real Vallecano itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan JDT. Namun pada bulan lepas, laman rasmi pasukan JDT telah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasmi yang dibuat untuk Falcao.

Advertisements

Pengarah Sukan Kelab JDT, Martin Prest sebelum ini menjelaskan berkaitan kenyataan yang tular oleh media-media Turki yang menyatakan bahawa hanya JDT yang membuat tawaran bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut.

“JDT tidak berada pada kedudukan kewangan yang kukuh untuk menandatangani pemain marquee antarabangsa disebabkan pandemik Covid-19. Kami percaya bahawa kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap lebih baik dalam masa satu hingga dua tahun untuk mendapatkan pemain-pemain sedemikian,” jelas Martin.

Hubungan baik antara TMJ dan Falcao ini pasti akan menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan sehari dua ini. Penyokong bola sepak Malaysia pastinya akan terus berhasrat dan berimpian besar untuk melihat satu sosok tubuh bintang bola sepak antarabangsa untuk beraksi di saingan Liga Malaysia suatu hari nanti.

Advertisements
F12946F2 A3F0 438C ADB2 F5C9630FEA69 Falcao Dan TMJ Kelihatan Sangat Gembira
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram