Falsafah Choi Moon-sik Mula Beri Impak Kepada Kelantan
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Sedikit demi sedikit, pasukan Kelantan mula mengikut falsafah jurulatih baru mereka Choi Moon-sik. Ini dibuktikan menerusi kemenangan 3-0 ke atas UiTM dalam aksi persahabatan pra-musim hari ini.

Kelantan yang menurunkan Nuha Marong dan duo Korea Selatan, Kang Eui-chan dan Kim Ming-yu tampil garang pada babak pertama. Skuad Kijang mendahului menerusi Ghaffar Abd Rahman dan Eui-chan dengan keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Skrip sama diulang pada babak kedua dengan UiTM seakan tidak mampu mengatasi permainan pantas dan agresif Kelantan. Selepas beberapa kali dinafikan, Marong menyumbat gol ketiga pelawat bagi menjadikan kedudukan mereka 3-0.

Advertisements

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Begitupun, ada beberapa aspek permainan Red Warriors perlu diperkemaskan terutama dari segi penyudah.

Hal ini pastinya akan diberi perhatian oleh Moon-sik bagi memastikan anak-anak buahnya berada pada tahap terbaik apabila Liga Super bermula nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram