FAM Akan Teliti Jaringan ‘Puskas’ Kalang Tie
FAM
Kuching City FC
Advertisements

Sesiapa saja yang menonton video gol Joseph Kalang Tie dalam perlawanan pra-musim Kuching City-Phnom Penh Crown baru-baru ini tahu itu gol yang istimewa. Tetapi menurut FAM, ia perlu diteliti sebelum dapat dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, beliau tidak menafikan gol dari jarak 70 meter itu sebagai gol yang hebat. Tetapi pada masa sama, FAM perlu memastikan gol berkenaan memenuhi syarat yang ditetapkan FIFA sebelum mencalonkannya.

“Saya ada melihat jaringan terbabit dan sudah meminta beberapa pegawai untuk mengenalpasti sama ada memenuhi kriteria ditetapkan sebelum menghantar untuk dicalonkan di Anugerah Puskas.

Advertisements

“Jika memenuhi kriteria ditetapkan, tiada masalah untuk menghantarnya dan mungkin ada rezeki untuk pemain terbabit,” katanya.

Sekiranya gol tersebut menepati semua kriteria anugerah FIFA berkenaan, Joseph berpeluang menjadi pemain Malaysia kedua memenangi anugerah berkenaan.

Sebelum ini, Faiz Subri mencipta sejarah sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA pertama dari Malaysia pada 2016 susulan gol jarak jauhnya bersama Penang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram