Joseph Kalang Tie Terbuka Jika Golnya Dicalonkan Ke Anugerah Puskas FIFA
Dunia
Kuching City FC
Advertisements

Ketika ini, banyak pasukan Liga Super sibuk menjalani pra-musim sama ada dalam negeri mahupun di luar negara. Tetapi Kuching City mencuri tumpuan apabila Joseph Kalang Tie menjaringkan gol dari jarak 70 meter sekaligus berpotensi dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA.

Gol tersebut dijaringkan semasa perlawanan persahabatan antara Kuching City dengan pasukan Kemboja, Phnom Penh Crown di Stadium RSN di Kemboja, baru-baru ini. Bagi bekas pemain Selangor itu, gol berkenaan sebagai antara yang terbaik pernah dijaringkannya.

“Dalam perlawanan itu, saya bermula sebagai pemain simpanan. Saya duduk di luar dan masa perlawanan sedang berlangsung, saya tengok penjaga gol itu (penjaga gol Phnom Penh Crown) selalu berada pada kedudukan jauh daripada gawang.

Advertisements

“Jadi saya cakap pada diri saya, kalau saya masuk nanti, saya nak try (cuba) hayunlah dari jauh. Bila saya dimasukkan bermain, saya dapat bola dan hayun bola itu dan tak sangka masuk.

“Boleh kata gol ini yang terbaik, tapi kalau ikutkan ada juga gol dari tepi dan lain-lain pernah saya jaringkan. Terpulang kepada penilaian peminat, dan saya anggap rezeki,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Dengan gol sebegitu rupa, ramai menjangkakan ia bakal dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA. Bagi Joseph yang pernah beraksi bersama Terengganu, dia melihatnya sebagai satu rezeki yang tak dijangka.

Advertisements

“Kalau betul nak calonkan (di Anugerah Puskas Fifa), saya anggap ia rezeki…terpulang saja dan terima. Saya ucap terima kasih kepada yang menghargai gol itu,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram