FAM Derma Sumbangan Ke Tabung Palestin
Komuniti
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) amat cakna dengan isu semasa termasuk penderitaan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

Lantas, pada hari ini, FAM yang diwakili Naib Presiden, Mohd Firdaus Mohamed dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Hj Rahman hadir ke Kedutaan Palestin bagi menyalurkan sumbangan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Sumbangan berjumlah RM34,284 itu disampaikan oleh Firdaus kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Advertisements

Sumbangan ini merupakan hasil kutipan jualan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Kyrgyzstan yang diadakan pada 16 November lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Firdaus berharap menerusi sumbangan ini, ini dapat meringankan penderitaan yang dialami warga Palestin.

Advertisements

Sementara itu, Walid mengucapkan terima kasih kepada FAM dan rakyat Malaysia kerana terus setia membantu rakyat Palestin.

“Sokongan yang telah dizahirkan oleh rakyat Malaysia adalah sesuatu yang amat mengharukan. Terima kasih atas keprihatinan anda dan teruskan berdoa untuk mereka di Palestin,” katanya.

Advertisements

Penyerahan sumbangan hari ini merupakan usaha berterusan FAM yang cakna dengan isu-isu semasa terutama kebajikan sosial dan kemanusiaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram