Advertisements
FAM & Harimau Malaya Perlukan Sentuhan Tunku Ismail
Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Harimau Malaya memerlukan sentuhan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Perkara ini dizahirkan oleh bekas pengendali berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan kepasa Sinar Harian dan memberitahu bahawa hanya Tunku Ismail individu paling layak untuk membimbing FAM.

Beliau yakin sosok dan pengaruh hebat yang dimiliki oleh DYAM Tunku Ismail amat penting untuk menyuntik lebih banyak kejayaan buat pasukan kebangsaan.

“Dalam landskap bola sepak negara ini, tiada orang lebih layak berdasarkan apa yang telah ditonjolkan oleh Tunku Ismail ketika membimbing JDT sehingga berjaya menjadi sebuah kelab yang digeruni,” katanya.

Wan Jamak juga mahu peminat bola sepak negara terus positif untuk menanti perubahan yang bakal dilakukan Tunku Ismail walapun sebelum ini baginda pernah menjadi Presiden FAM.

“Kita kena lihat positif, masa itu (Tunku Ismail menjadi presiden FAM) tahun berapa. Masa tu mungkin Tunku Ismail rasa boleh buat sesuatu tetapi tidak berjaya.

“Tunku Ismail sudah tentu melihat kembali banyak perkara boleh diperbaiki untuk pasukan kebangsaan.

Beliau juga menganggap pembangunan dan kemajuan yang berlaku di JDT dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini menjadi penanda aras yang baik berkenaan keberkesanan sentuhan baginda.

“Dalam tempoh selepas baginda letak jawatan (Presiden FAM), kita tengok pembangunan pemain di JDT yang sangat baik dan mereka berjaya memperkukuhkan pasukan senior mereka.

“Ia petanda baik dan mungkin ada idea daripada Tunku Ismail berdasarkan apa yang dilakukan di JDT untuk diterapkan pada pasukan kebangsaan,” tambahnya lagi.

DYAM Tunku Ismail baru-baru ini berkongsi pandangannya tentang kepimpinan industri bola sepak Malaysia yang tidak berfungsi menjalankan tanggungjawab.