FAM & Juventus Jalin Kerjasama Strategik
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama kelab gergasi Itali, Juventus FC. Perkara itu dikongsikan FAM dalam satu siaran media hari ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Ali menjelaskan kerjasama ini menumpukan kepada pembangunan di peringkat akar umbi. Menurut Hamidin. Juventus telah menyatakan minat untuk mengadakan pertandingan bola sepak di peringkat junior.

“Juventus berminat dan meninjau peluang untuk bangunkan program pertandingan bola sepak di peringkat junior.”

Advertisements

Kerjasama antara FAM dan Juventus akan memberi banyak kelebihan buat industri bola sepak tanah air. Disamping dapat berkongsi idea dan bertukar pandangan, kepakaran Juventus turut memberi nilai positif kearah pembangunan bakat-bakat tempatan.

“Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia. Dengan reputasi sebagai gergasi Itali, Juventus berhasrat berkongsi kepakaran mereka dengan Malaysia. Mereka juga bercadang beraksi dalam perlawanan pertunjukan di negara kita dalam tempoh di antara Disember 2022 dan Julai 2023.”

Dalam pada itu, Juventus FC turut mengharapkan delegasi kepimpinan FAM membuat kunjungan balas ke Itali, meneroka dengan lebih mendalam untuk meninjau kemudahan serta fasiliti serba lengkap yang dimiliki Juventus FC.

Advertisements

“Juventus FC juga inginkan Malaysia membuat kunjungan balas bagi meninjau kemudahan ke ibu pejabat dan fasiliti serba lengkapnya di Turin,” kata Datuk Haji Hamidin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram