FAM Sedia Ikut Nasihat AFC
MakanBola
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengikut nasihat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ini berdasarkan dapatan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi susulan mesyuarat Exco FAM yang berlangsung di Petaling Jaya.

“FAM sedia menuruti nasihat FIFA atau AFC demi kelangsungan bola sepak negara,” katanya di X.

Selain itu, Fadhirul memaklumkan tiada peletakan jawatan membabitkan ahli Exco FAM hari ini. Ini sekaligus menafikan khabar angin peletakan jawatan beramai-ramai ahli Exco FAM.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan peletakan jawatan beramai-ramai itu antara pilihan yang dibincangkan dalam mesyuarat FAM hari ini.

“Tiada peletakan jawatan Exco hari ini. Peletakan jawatan Exco adalah salah satu pilihan yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini,” tambahnya.

Sebelum ini, AFC menasihatkan FAM membuat reformasi dalaman dengan tujuan menambah baik aspek tadbir urus dan pentadbiran badan induk itu.

Ini bertujuan mengelak FAM dikenakan tindakan lebih tegas termasuk penggantungan daripada FIFA. Antara langkah reformasi itu ialah ahli Exco FAM meletak jawatan secara beramai-ramai.

Langkah itu akan disusuli pembentukan satu jawatankuasa sementara yang menguruskan FAM sehingga keadaan kembali pulih.

Claim Money Packet TnG