FAM Tolak Ryuji Sato Mentah-Mentah
Dunia
MakanBola
FA Malaysia / Tehran Times
Advertisements

Susulan beberapa keputusan kontroversi pengadil dari Jepun, Ryuji Sato dalam aksi Malaysia menentang Vietnam Selasa lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) membuat pertimbangan semula.

Dalam masa yang sama, FAM juga berharap Ryuji Sato tidak akan ditugaskan mengadili perlawanan-perlawanan antarabangsa yang melibatkan skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Advertisements

Hasrat itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam surat rasmi yang dihantar ke AFF beberapa hari yang lalu.

“Kita telah hantar surat rasmi dengan rakaman video Sato dan berharap Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) membuat pertimbangan semula.

Advertisements

“Meskipun keputusan tidak berubah, tetapi sekurang-kurangnya untuk apa yang berlaku dijadikan iktibar pada masa akan datang.

“Kalau dalam bahasa mudah difahami, kita (FAM) tidak mahu Ryuji mengadili perlawanan membabitkan Malaysia agar isu seumpama ini tidak berulang lagi. Bila kita hantar laporan rasmi itu harap AFF fahamlah,” katanya kepada Kosmo.

Advertisements

Untuk rekod, Ryuji Sato mempamerkan kualiti pengadilan yang sangat teruk dek kerana beberapa keputusan berat sebelah yang dilakukan ketika pasukan negara tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan B saingan Piala AFF di Hanoi, Selasa lepas.

News Comments Account