Fandi Ahmad Bakal Kemudi Sri Pahang Musim Hadapan?
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Pengarah teknikal Sri Pahang FC, Fandi Ahmad dilaporkan bakal mengambil alih pauskan bagi saingan Liga Super musim hadapan.

Bekas bintang bola sepak Singapura itu ketika ini memberi impak yang cukup besar buat pasukan kendalian Dato’ Dollah Salleh apabila mereka mempamerkan kebangkitan sejak kebelakangan ini.

Fandi berjaya memacu persembahan konsisten Sri Pahang yang kini bangkit untuk menghuni tangga ke-5 dalam liga.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas jurulatih JDT ini dikatakan bakal mengambil alih tugas untuk melatih pasukan bermula musim hadapan.

Fandi yang sudah pun berpengalaman luas di Liga Malaysia sebagai pemain dan juga jurulatih pastinya bakal menjadi tonik tambahan kepada pasukan.

Zulhelmi yang menjelaskan perkara tersebut dalam sesi live di tiktoknya, beliau melaporkan bahawa Fandi mempunyai tugas yang penting untuk menjadi ketua jurulatih pasukan musim hadapan.

Advertisements

“Perkembangan pasukan Sri Pahang musim hadapan difahamkan Fandi Ahmad akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih.”

Beliau yang juga bekas pemain Sri Pahang dan juga Kuala Lumpur diberi kepercayaan selepas mengharungi 11 perlawanan yang suram di bawah kendalian Christophe Gamel dengan hanya mengutip lapan mata.

Pengalaman bekas pemain skuad Tok Gajah berusia 60 tahun itu diharap mampu untuk meletakkan skuad itu pada prestasi terbaik selepas ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram