Faridzuan Anggap Pemain Tengah Dan Pertahanan Tak Layak Main Malaysia
Dunia
Kedah FA
Advertisements

Bekas pemain pasukan Kedah Darul Aman FC, Faridzuan Che Hamid menjelaskan tentang pandangan beliau mengenai prestasi skuad negara susulan persembahan hambar yang menyebabkan pasukan negara tidak dapat mara lebih jauh dalam edisi Piala AFF kali ini.

Menurut penjelasan Faridzuan, ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap persembahan pasukan kali ini, beliau melihat ini sebagai satu petanda buruk buat kem Malaysia.

’Bagi saya gagallah. Kalau kita lihat dari semua sudut, sama ada dari barisan kejurulatihan dan juga pemain yang dipanggil, apa yang saya nampak, banyak lompong yang tidak ditampal.’

Advertisements

’Jika kita lihat dari barisan pertahanan, saya lihat worst (sangat teruk). Pemain tengah kita tidak ada dan kita hanya mempunyai penyerang.’

Tambahnya lagi, Malaysia hanya bergantung kepada bakat pemain seperti Akhyar Rashid dan juga Syafiq Ahmad di barisan serangan ketika kelompongan di bahagian tengah dan juga pertahanan tidak dapat ditampung dengan baik.

’Pemain tengah dan juga pertahanan saya tidak nampak ada yang berkualiti.’

Advertisements

’Macam kita kata tak layak main Malaysia la,’-Jelas beliau dalam rancangan Bola@Mamak.

Namun begitu, bekas penyerang kebangsaan ini yakin skuad negara mampu untuk memperbaiki segala kelemahan untuk mara dengan lebih jauh. Bukan itu sahaja, prestasi skuad negara ketika ini disifatkan sebagai ‘syok sendiri’ dan tidak akan ke mana-mana jika tiada tindakan yang dilakukan untuk memperbaiki situasi ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram