Dunia
FAM
Advertisements

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Bin Marlias turut sama membantu menyumbang dana kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Difahamkan, Farizal bekerjasama dengan pelawak popular tanah air, Fad Bocey untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Meru semalam.

Dalam satu hantaran di IG Story Fad, Fad telah memuatnaik tangkap layar perbualan diantara beliau dan Farizal. Farizal menyatakan kesungguhan untuk membantu mana-mana tempat yang memerlukan bantuan dan turut meminta nombor akaun bank Fad untuk memberi sumbangan berbentuk wang.

“Assalamualaikum, Fad ada mana-mana tempat perlukan bantuan ke? Boleh awak kasi nombor akaun, saya transfer dan berikan kepada yang memerlukan.”

Advertisements

Fad Bocey dalam pada itu menjelaskan bahawa beliau akan ke Meru sekali lagi untuk memberi bantuan tambahan. Terdapat banyak kelengkapan harian yang tidak cukup seperti bantal dan toto yang perlu diagihkan kepada penduduk setempat yang terjejas.

“Waalaikumsalam boss, InsyaAllah esok saya plan ke Meru lagi. Banyak lagi yang tak cukup, nak beli selimut, bantal, toto dan tilam macamtu,” tulis Fad.

Fad menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan Farizal yang turut sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Advertisements

Semoga semua mangsa banjir yang terkesan kekal cekal dan tabah. Sebagai rakyat Malaysia, doakan agar negara kita lekas sembuh dan terus doakan sukarelawan-sukarelawan yang membantu dipermudahkan urusan selalu.

222E0663 6AE8 4EAA A01A 8815EC88D707 Farizal Marlias Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram