Farizal Marlias Pernah Digantung 12 Bulan
Trivia
FAM
Advertisements

Insiden mengasari pengadil bukanlah insiden yang berlaku setiap minggu berikutan kebanyakan pemain sedar hukuman berat yang bakal diberikan kepada pemain yang mengasari pengadil.

Seperti apa yang pernah berlaku kepada Farizal Marlias 4 tahun lepas dalam saingan Piala AFC apabila Jawatan Kuasa Tatatertib AFC membuat keputusan untuk menggantung Farizal dari sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.

Selain penggantungan 12 bulan, Farizal juga didenda sebanyak $40,000 ( RM170,000 ). Penggantungan ini bermakna Farizal tidak boleh bermain bola sepak dalam mana-mana perlawanan kompetitif termasuklah perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa untuk tempoh 12 bulan.

Advertisements

Video rakaman farizal ‘mengamuk’ ketika perlawanan menentang Ceres Negros.

Terbaru, kecoh isu yang sama apabila Natxo Insa mengasari pengadil dan melakukan ‘contact’ kepada pengadil sejurus perlawanan tamat semasa Perak melayani Johor Darul Ta’zim di Ipoh.

Walaupun insiden berkenaan tidaklah sekeras apa yang Farizal lakukan namun ianya dilihat sebagai satu risiko buat Natxo Insa.

Advertisements

Terbaru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan insiden melibatkan Natxo Insa sedang dalam siasatan.

Menurut kenyataan rasmi FAM, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan tindakan berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil dan pemain yang berlaku pada perlawanan Liga Super 2021 sepanjang Hari Perlawanan 5.

Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad, 21 Mac 2021

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=USEtn11a_Ug

“Secara keseluruhan prestasi pengadil adalah memuaskan sepanjang perlawanan tersebut berlandaskan laporan Penilai Pengadil yang bertugas pada perlawanan tersebut. Walaupun memuaskan, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat dan pengadil tersebut akan dirujuk kepada kepada Pengurus Pembangunan Pengadil FAM.”

“Pemain Johor Darul Ta’zim, Natxo Insa akan dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video dan laporan pengadil ekoran tindakannya yang menyerbu dan menyentuh pengadil selepas tamat perlawanan.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram