Farizal Marlias: Saya Terima Dengan Hati Terbuka
Dunia
Zulhilmi Zainal
Advertisements

Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, ketiadaan Farizal Marlias bakal menampakkan skuad kebangsaan di pentas AFF kali ini seakan-akan tidak sempurna.

Penjaga gol negara ini menyatakan beliau akur dan tidak mampu lakukan apa apa jika namanya tidak tersenarai dalam kesebelasan utama skuad negara.

“Sudah pasti saya juga ingin menyertainya, tetapi keputusan terletak kepada jurulatih, bagi saya itu adalah keputusan jurulatih, saya sentiasa terima dengan hati yg terbuka dan positif, saya berharap kepada pemain yang terpilih akan memberikan yang terbaik untuk skuad negara,” jelasnya

Advertisements

Namun Farizal bersikap positif dan yakin dengan pengalaman yang ada pada Khairul Fahmi Che Mat, Khairul Azhan dan Azri Ghani yang akan membawa skuad negara tepati sasaran ke final dalam saingan Piala AFF kali ini.

“Bagi saya, kita mempunyai pemain-pemain muda yang berpotensi dan mereka pernah bermain di peringkat tertinggi, apa yg saya lihat kita mempunyai pemain yang berpengalaman seperti Apek, Azhan dan Azri Ghani kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang baik.” ujarnya

Beliau juga memberikan kata kata semangat dan ucapkan “All the best” kepada pemain yang akan dipilih dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala AFF yang berlangsung tidak lama lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram