Farizal Marlias Tekad Bawa Pulang Piala Ke Bumi Johor
Dunia
Azri/MakanBola
Advertisements

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias tekad untuk membawa pasukannya menjulang gelaran juara Piala FA 2022.

Farizal menyatakan bahawa para pemain JDT kini berada dalam keadaan terbaik dan cergas untuk beraksi. Segala percaturan yang direncanakan ketua jurulatih bakal dipersembahkan pada malam esok. 

Mengulas lanjut berkaitan posisi yang bakal digalasnya samaada Hector Bidoglio menurunkan Farizal, mahupun Haziq Nadzli, Farizal menegaskan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk menjaga gawang JDT. 

Advertisements

“Sudah tentu semua pemain berada dalam motivasi terbaik. Untuk saya, terpulang kepada jurulatih untuk menurunkan sesiapa. Bagaimanapun saya sentiasa bersiap sedia untuk beraksi pada esok,” ujar Farizal dalam sesi sidang media pra perlawanan Final Piala FA 2022.

Penjaga gol berusia 36 tahun itu juga mahu rakan sepasukannya memberikan segalanya pada pentas akhir ini. Beliau tekad untuk membawa pulang Piala FA ke bumi Johor. 

“Sebelum ini pada final Piala Malaysia 2017, saya tak dapat bermain kerana digantung. Jadi sepanjang bersama JDT, ini pentas pertama buat saya. Semestinya saya mahukan yang terbaik untuk aksi malam esok dan mahu membawa piala ini pulang ke bumi Johor.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram