Advertising
Farm Fresh, Jomcha, Zus Coffee & Inside Scoop Tarikan Terbaru SSI
MakanBola
Johor Southern Tigers

Empat jenama terkenal iaitu Farm Fresh, Jomcha, Zus Coffee dan Inside Scoop menjadi tarikan terbaru di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Ini selepas premis membabitkan empat jenama tersebut di SSI dibuka secara rasmi bermula pada 22 Februari.

Trio pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Matthew Davies, Shahrul Saad dan Jese Rodriguez merasmikan pembukaan premis empat jenama makanan terkenal itu.

Ad

Turut sama hadir dalam upacara ringkas itu ialah Ketua Pegawai Operasi dan Pemasaran Farm Fresh Sdn Bhd, Azmi Zainal.

Ad

Sebaik dibuka, pengunjung yang hadir berpeluang menikmati aiskrim percuma sempena hari perasmian. Tawaran itu dikongsikan sendiri Azmi dalam satu hantaran di Instagram.

Selain berpeluang menikmati makanan empat jenama tersebut, Matthew, Shahrul dan Jese turut berkesempatan beramah mesra dengan penyokong JDT yang hadir.

Ad
Ad

Farm Fresh, Jomcha, Zus Coffee dan Inside Scoop menjadi rangkaian jenama makanan dan minuman terbaru yang ada di SSI.

Empat jenama itu menyertai IKEA Cafe, Starbucks, KFC, Subway dan rangkaian burger gourmet Johor sendiri, WoodFire.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments