Fayadh Sedia Rebut Kesebelasan Utama Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dengan 26 pemain lama dan baru dipanggil menyertai Harimau Malaya, Kim Pan-gon mempunyai banyak pilihan terutama di bahagian serangan. Bagi pemain Kedah, Fayadh Zulkifli, biarpun sedar dengan cabaran menanti, dia sedia bersaing bagi merebut slot kesebelasan utama.

Fayadh perlu bersaing dengan Faisal Halim, Corbin Ong dan Daniel Ting untuk slot sayap kiri. Tetapi bagi Fayadh, tiada yang mustahil selagi mana dia menunjukkan keazaman dan kesungguhan untuk mengisi posisi berkenaan.

“Sememangnya teruja apabila memulakan latihan bersama skuad Harimau Malaya buat pertama kali dan ia cukup mengujakan walaupun dikelilingi oleh pemain-pemain yang berkualiti tapi itu bukan alasan untuk saya tidak menonjolkan diri.

Advertisements

“Dilihat kepada senarai pemain yang dipanggil, posisi saya di sayap kiri dibarisi pemain yang hebat seperti Corbin Ong, Faisal Halim, Daniel Ting dan beberapa pemain lain namun saya berusaha untuk mengikuti latihan di bawah ketua jurulatih (Pang-gon) dan memahami kehendak taktikalnya.

“Saya tidak menafikan jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain yang banyak membantu bagi menaikkan kembali prestasi apabila kerap diturunkan pada aksi Liga Super dan ia beri impak positif apabila memberi lebih keyakinan tatkala beraksi di padang,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Gabungan pemain lama dan baru yang dipanggil Pan-gon turut menyaksikan kehadiran pemain tinggi lampai dan tegap seperti Nooa Laine, Endrick dos Santos, Paulo Josue, Dion Cools dan Matthew Davies.

Advertisements

Tetapi Fayadh langsung tidak takut dengan cabaran fizikal mereka. Ini kerana sepanjang beraksi dengan Kedah, dia sudah biasa berhadapan pemain-pemain yang mempunyai kelebihan fizikal berbanding dirinya.

“Daripada sudut fizikal memang akan ada cabaran kerana saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang bersaiz lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain bola sepak yang baik.

“Saya akui intensiti latihan di bawah Pan-gon cukup berbeza dengan kelab apabila jurulatih mahu lebih daripada apa yang semua pemain ada dan kami perlu lebih fokus dan memberi sepenuh perhatian terhadap modul latihan yang diterapkan,” tambahnya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram