Fayadh Zulkifli Dipanggil TCH Perkuat Jentera Serangan Harimau Malaya
Dunia
Arena Hijau Kuning
Advertisements

Pemain sayap pasukah Kedah darul Aman FC, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin telah dipanggil Tan Cheng Hoe untuk hadir melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya esok hari. Pemain bertubuh kecil ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengisi posisi sayap skuad kebangsaan kelak.

Difahamkan, TCH memanggil Fayadh disaat-saat akhir adalah bagi menggantikan pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Muhammad Akhyar Rashid. Akhyar Rashid telah disahkan untuk tidak ke kem latihan kerana faktor kecederaan yang membelenggu pemain itu.

Selepas Dion Cools dan Syahmi Safari, skuad kendalian Tan Cheng Joe juga kehilangan khidmat Akhyar Rashid menjelang aksi persahabtan menentang Jordan dan Uzbekistan kelak. Namun kehadiran Fayadh bakal memberi sinar baharu buat pasukan.

Advertisements

Ini adalah peluang terbaik pemain yang berusia 23 tahun itu untuk beliau mempamerkan aksi cemerlang di peringkat yang lebih tinggi. Kepercayaan yang diberikan TCH kepada Fayadh semestinya akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Prestasi yang memberangsangkan dipamerkan Fayadh Zulkifli ketika membantu Kedah FC mengakhiri saingan Liga Super di tempat kedua semestinya meyakinkan TCH untuk mencuba bakat pemain muda ini. Untuk rekod, Fayadh berjaya menjaringkan sebanyak 2 gol dalam saingan Liga Super 2021.

Fayadh Zulkifli juga menjadi super-sub buat pasukan Kedah FC apabila bermain sebanyak 17 perlawanan sebagai pemain gantian. Kelajuan dan kelicikan pemain sayap kiri ini pastinya akan ditagih pasukan negara kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram