FC Chernomorets Odessa Umum Pemain Baru Guna Microsoft Paint
Eropah
Douglas Bergqvist/Chernomorets Odessa
Advertisements

Kelab Ukraine, FC Chernomorets Odessa membuat kejutan kepada para penyokong mereka semasa mengumumkan ketibaan pemain baru Douglas Bergqvist. Caranya ialah mewarnakan jersi kelab lama Bergvist, Kalmar FC mengikut warna belang ungu dan hitam yang digunakan kelab berkenaan. Nama kelab kemudiannya diletakkan pada imej yang diubahsuai itu sebelum dimuatnaik ke laman Instagram rasmi Chernomorets.

Sebaik saja gambar tersebut dinaikkan, ia mengundang pelbagai reaksi di laman media sosial. Ada yang menganggapnya sebagai satu jenaka dan menyamakan kualiti gambar macam Photoshop. Tetapi ada juga yang melihat kelab bersikap jujur dan tidak terikut-ikut trend penghasilan video seperti kelab-kelab lain.

Pada akhirnya, gambar tersebut disahkan sebagai satu gurauan. Ini selepas Chernomorets menaikkan gambar Bergqvist memakai jersi mereka di Instagram. Kehadiran pemain kelahiran Stockholm itu diharap dapat memperkukuh barisan pertahanan mereka.

Advertisements

Memulakan karier bersama Aldershot dan Exeter, Bergqvist banyak menghabiskan masa bersama kelab-kelab bukan liga England seperti Basingstoke dan Farnborough. Dia berpindah ke kelab Ostersund pada tahun 2014 dan membuat 102 penampilan bersama kelab berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram