Advertising
Ferdy Druijf Makin Hampir Sarung Jersi Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
Pec Zwolle

Proses dokumentasi bekas penyerang PEC Zwolle, Ferdy Druijf dilaporkan sudah pun selesai dan berpeluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Sebelum ini nama Ferdy Druijf antaranya yang dikaitkan dan didakwa memiliki susur galur keturunan dari Malaysia yang membolehkan beliau wakili negara di pentas antarabangsa.

Ad

Terbaharu, menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, proses dokumentasi bagi seorang tonggak warisan negara telah pun selesai dan difahamkan pemain tersebut adalah Ferdy Druijf.

Ad

“Dokumentasi seorang pemain warisan negara sudah selesai, posisi penyerang difahamkan Ferdy Druijf yang kini turut bergelar ejen bebas selepas kontraknya bersama SK Rapid juga sudah ditamatkan,” lapor Zulhelmi di laman X.

Druijf kini bergelar ejen bebas setelah beraksi untuk PEC Zwolle musim lalu secara pinjaman dari SK Rapid Vienna namun isu kecederaan membataskan aksi buat pemain berusia 27 tahun ini.

Ad

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend mendedahkan seorang pemain dari Belanda makin hampir mendapatkan pasport Malaysia dan menyarung jersi Harimau Malaya.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir,” ujar Rob Friend.

Ad

Seandainya benar proses dokumentasi Druijf telah selesai, ini bagai satu khabar gembira buat Harimau Malaya yang bakal menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments