Fernando Forestieri & Bergson Bakal Ketuai Serangan ‘Besar-Besaran’ JDT Ke Atas Ulsan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Duo import berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dan juga Bergson Da Silva dijangka terus mendapat kepercayaan pasukan untuk mengetuai jentera serangan menentang Ulsan esok.

JDT yang kini sedang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Aisa (ACL) memulakan kempen dengan cukup meyakinkan apabila mencatatkan kemenangan besar 5-0.

Dalam perlawanan tersebut, gandingan dua pemain ini menjadi tunjang utama buat barisan serangan JDT apabila ketajaman penyudah mereka membuatkan Guangzhou pulang kehampaan.

Advertisements

Bergson berjaya mencatat nama selaku penjaring menerusi hatrik ikonik sementara Forstieri turut menjaringkan satu gol.

Prestasi memukau ini juga bertitik tolak daripada aksi konsisten dalam saingan Liga Super apabila kedua-dua pemain ini memainkan peranan yang cukup penting dalam pasukan.

Mereka sudah pun menjaringkan 10 gol secara keseluruhannya buat JDT sekaligus meletakkan pasukan di tangga teratas liga ketika ini.

Advertisements

Kecemerlangan ini juga sudah pasti bakal terus menjadi taruhan Benjamin Mora ketika bertemu lawan yang jauh lebih kuat itu.

Ulsan yang kini sedang menikmati musim cemerlang dalam saingan liga utama Korea apabila berada pada kedudukan pertama dalam liga.

Mereka juga sudah pun mencatat 7 kemenangan selepas 9 perlawanan berlangsung selain menjaringkan 15 gol musim ini.

Advertisements

JDT sudah pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dalam usaha mengekang kemaraan jaguh Korea dalam pertemuan malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram