Fernando Forestieri Ingin Kekal Lebih Lama Di Malaysia
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri ingin kekal lama di Malaysia kerana beliau akui banyak pengalaman yang luar biasa di sini. 

Walaupun tidak tahu banyak tentang Malaysia, beliau menganggap bola sepak ini akan menjadi satu matlamat dalam kehidupan peribadi.

Penyerang berusia 31 tahun itu yang telah memberi impak terhadap jentera pasukan Harimau Selatan bersikap positif dengan apa jua cabaran yang dihadapinya. Beliau juga akui TMJ banyak membantu kebajikan dan kehidupan beliau dan pasukan.

Advertisements

“Pengalaman yang hebat. Saya tidak menjangkakan banyak perkara yang bagus apabila saya datang ke sini. Saya tidak tahu mengenai Malaysia atau pun liga. Saya fikir bola sepak akan lebih mudah dan kehidupan peribadi akan menjadi sukar,” katanya.

“Tetapi ianya sesuatu yang positif. Pada masa ini, bola sepak adalah sukar, tetapi kehidupan pula sangat mudah. Fasiliti dan layanan ‘Boss’ (DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku pemilik JDT) telah memudahkan kehidupan kami,” jelasnya. 

“Liga ini sukar, sebab itu saya katakan bola sepak itu sukar. Saya banyak belajar, setiap hari, saya belajar sesuatu. Saya berharap untuk tinggal lebih lama di Malaysia.”

Advertisements

Sebagai rekod, Fernando Forestieri pernah mendahului penjaring terbanyak Piala FA Malaysia 2022. Kehadiran beliau juga telah memberi nilai tambah buat jentera serangan JDT yang dilihat sukar untuk digugat buat mana-mana pasukan ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram