Fernando Forestieri Muncul Penjaring Terbanyak Pemain Itali 2023
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Peledak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri muncul selaku penjaring terbanyak pemain Itali bagi tahun 2023.

Pemain berusia 34 tahun itu mencipta fenomena untuk membantu skuad Harimau Selatan merekodkan pencapaian gemilang tahun lalu.

Beliau berjaya membantu pasukan bimbingan Tano Solari untuk mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimemangi bagi tahun 2022.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh Johor Southern Tigers, Forestieri telah meledak 21 gol daripada 30 penampilan sungguhpun mengalami beberapa siri kecederaan.

Beliau berada di tangga teratas dan meninggalkan beberapa pencabar lain seperti dua peledak berbisa skuad kebangsaan Itali, Dominico Berardi dan juga Cito Immobile masing-masing dengan 20 dan 14 gol musim lalu.

Ketajaman Forestieri menyaksikan JDT mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat pemain ini bagi musim baharu.

Advertisements

Kemasukan beberapa pemain import ke JDT bakal memantapkan lagi gandingan serangan pasukan untuk terus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram