FIFA Anggap Gol Park Tae-su Dalam Saingan Piala Malaysia Berkelas Dunia
Dunia
Official Sabah FC
Advertisements

Badan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini telah memuat naik satu ciapan di laman sosial rasmi mereka mengenai satu jaringan luar biasa yang mewarnai pertembungan antara PJ CIty FC menentang pasukan Sabah FC.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh FIFA di akaun twitternya, gol tersebut dianggap sebagai satu gol yang sangat menakjubkan telah dijaringkan oleh pemain import dari korea iaitu Park Tae-su.

Gol berkelas dunia oleh pemain berusia 31 tahun itu telah memecah kebuntuan setelah perlawanan telah memasuki hampir 20 minit permainan. Pasukan pelawat diberikan sepakan percuma setelah kekasaran yang dilakukan terhadap pemain Sabah menghadiahkan sepakan percuma buat pasukan tersebut.

Advertisements

Pertahanan kebal ini nyata tidak mensia-siakan peluang tersebut sungguhpun sepakan percuma itu sedikit jauh.

Malah, keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh pemain ini apabila membuat keputusan untuk melepaskan sepakan terus dari jarak 40 m berbanding membuat satu lambungan kepada rakan-rakan yang sedang menanti di hadapan.

Tindakan berani tersebut nyata membuahkan hasil apabila sepakan derasnya itu gagal dibaca oleh penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz sekaligus memberi gol pendahuluan kepada pasukannya.

Advertisements

Sungguhpun begitu, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol menerusi penyerang berbisa mereka, Darren Lok untuk mencuri 1 mata berharga.

FIFA nyata amat kagum dengan jaringan tersebut dan menyifatkan ianya seperti ‘roket’ sebelum menerjah jaring.

Gol itu juga pastinya terpahat dalam kamus sejarah bola sepak pasukan Sabah Fc sebagai salah satu jaringan yang diiktiraf badan bola sepak dunia tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram