FIFA Bakal Hukum Penyokong Hungary, Rasis Terhadap Pemain England
Dunia
Instagram: @sterling7
Advertisements

Badan pengelola bola sepak dunia FIFA akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap penyokong pasukan Hungary akibat isu perkauman yang ditujukan kepada pemain England.

Situasi itu berlaku semasa perlawanan antara pasukan Hungary menentang England dalam kelayakan Piala Dunia di Budapest. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada England dengan keputusan 4-0. 

Sebelum sepak bola bermula, penyokong Hungary dilihat mencemuh para pemain England ketika mereka melakukan solidariti anti-perkauman sebelum wisel ditiupkan.

Advertisements

Pemain sayap England, Raheem Sterling antara pemain yang menerima cemuhan dengan suara monyet serta dilemparkan dengan cawan dan botol ketika menjaringkan gol. Tidak cukup dengan itu, balingan ‘flare’ ke dalam padang turut dilakukan oleh barisan penyokong tuan rumah selepas pasukan England mendahului 3-0. 

Pemain berusia 18 tahun England, Jude Bellingham baru-baru ini telah mengeluarkan satu ciapan di akaun Twitter miliknya. 

“Terima kasih atas sokongan malam tersebut. Ia adalah sebahagian daripada permainan dan hukuman yang setimpal dijatuhkan oleh mereka yang berkuasa. Kita tidak boleh membiarkan kebencian menang, teruskan senyuman,” kata beliau. 

Advertisements

Jude Bellingham juga dilaporkan merupakan antara individu yang diherdik dengan sentimen ‘kulit hitam’ oleh sebilangan penyokong Hungary.

Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson mengecam sekeras-kerasnya isu rasis tersebut dan mendesak FIFA untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menerusi satu kenyataan di laman rasmi Twitter miliknya.

“Sama sekali tidak boleh diterima pemain didera secara perkauman di Hungary malam tadi”

Advertisements

‘Saya mendesak FIFA untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tingkah laku memalukan ini dihapuskan dari permainan untuk selamanya.’

UEFA sebelum ini memberi hukuman kepada Hungary dengan bermain tiga perlawanan tanpa penyokong setelah tingkah laku diskriminasi oleh peminatnya semasa Euro 2020. 

Setelah analisis laporan pertandingan, FIFA telah mengatakan mereka tidak akan bertoleransi terhadap tingkah laku keji yang jelas terpapar dalam bola sepak.

Advertisements

“Sekali lagi, FIFA ingin menyatakan bahawa kedudukan kami tetap tegas dalam menolak segala bentuk perkauman dan keganasan serta bentuk diskriminasi atau penyalahgunaan lain”. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram