FIFA Minta Uruguay ‘Buang’ Lambang Bintang Piala Dunia Pada Jersi
Dunia
Advertisements

Sebelum edisi Piala Dunia 1930, pemenang kejohanan Olimpik dianggap sebagai juara dunia. Skuad kebangsaan Uruguay pernah menjuarai Olimpik pada tahun 1924 dan 1928 untuk pingat tempat pertama. FIFA dikatakan tidak “menyedari” atau tidak mahu “mengiktiraf” perkara tersebut.

Menurut ESPN, FIFA telah meminta pasukan kebanggsaan bola sepak Uruguay untuk membuang dua daripada empat bintang Piala Dunia pada jersi rasmi mereka. 

Puma, penaja rasmi pasukan kebangsaan Uruguay, telah memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) bahawa FIFA telah memberitahu pihak mereka untuk membuang dua dari empat bintang pada jersi Uruguay untuk Kejohanan Piala Dunia 2022. 

Advertisements

Permintaan itu dibuat setelah Puma menghantar reka bentuk jersi Uruguay kepada pihak FIFA, akan tetapi badan pengelola bola sepak dunia belum memaklumkan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF).

Reaksi yang kurang senang dengan permintaan itu, Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) berpendapat bahawa dua bintang lain itu adalah mewakili daripada kemenangan Olimpik mereka pada tahun 1924 dan 1928. Ini kerana, pada tahun tersebut FIFA merupakan badan pengurusan yang bertanggungjawab dan FIFA secara rasmi menganggap ia sebagai kejuaraan dunia.

 “FIFA memang mengakui, bahkan nampak jelas sekali, bahawa Uruguay mempunyai empat Piala Dunia kerana pada tahun 1924 dan 1928 (kejohanan bola sepak Olimpik) yang dianjurkan oleh FIFA dan juga pada tahun 1930” kata naib presiden AUF, Gaston Tealdi. 

Advertisements

Oleh hal yang demikian, Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) sedang menyiapkan dokumen untuk mendapatkan pengesahan berkaitan isu dua bintang pada lambang mereka.

Uruguay kekal konsisten dalam saingan kompetitif di Piala Dunia dan terbukti bahawa mereka antara pasukan lapan terbaik di Rusia tiga tahun lalu.

Mereka juga mara ke separuh akhir pada tahun 2010 sebelum ditewaskan oleh Belanda.

Advertisements

Uruguay pernah menjadi “KING” di benua mereka sendiri pada tahun 2011 apabila mereka menewaskan pasukan Paraguay 3-0 di kejohanan Copa America. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram