Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi pujian terhadap peningkatan yang ditunjukkan oleh Malaysia.
Harimau Malaya terus menapak dan menghampiri kelompok 120 terbaik dunia berdasarkan kemas kini terbaru ranking FIFA.
Skuad kebangsaan ketika ini berjaya naik satu lagi anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-134 dunia berbanding 135 dunia sebelum ini.
Malaysia mengumpul 1107 mata dan hanya dipisahkan oleh jurang tipis dengan Sang Garuda di tangga ke-133 dunia (1108) mata.
Harimau Malaya kini menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asean selepas Thailand (101), Vietnam (115) dan juga Indonesia (134).
“Kedudukan FIFA Ranking terbaru, Malaysia naik satu tangga untuk berada pada kedudukan 134 dunia,” jelas FIFA.
Malaysia kini bagaimanapun kehilangan khidmat Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon yang melepaskan jawatannya selepas dua tahun setengah bersama skuad negara.
Skuad kebangsaan kini dibimbing oleh Pau Marti bakal berdepan aksi seterusnya di Pestabola Merdeka 2024 September ini.