Advertisements
Final King’s Cup Dalam Suasana Hujan?
Dunia
MakanBola
Slakiver290

Pertembungan antara dua pemenang separuh akhir, Malaysia dan juga Tajikistan berkemungkinan bakal diadakan dalam suasana hujan.

Keadaan terkini di Chiang Mai, Thailand sudah berada dalam keadaan hujan sejak dua tiga hari kebelakangan ini.

Oleh uanh demikian, perlawanan ini berkemungkinan berlangsung dalam keadaan hujan selepas cuaca pada petang Ahad, 25 September hujan lebat.

Namun begitu, keadaan mula beransur reda selepas perlawanan antara Thailand dan juga Trinidad & Tobago bermula namun permukaan padang agak basah ketika ini.

Malah, tatkala perlawanan itu berlangsung, perlawanan agak sedikit terbantut dengan beberapa orang pemain mula tergelincir sewaktu melancarkan serangan ke arah lawan.

Percaturan oleh pengendali negara, Kim Pan-gon sudah tentu berubah dengan pelbagai faktor perlu diambil kira untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Malaysia dijadualkan bertemu dengan Tajikistan pada jam 9:30 malam waktu tempatan sambil mengharapkan Harimau Malaya dapat terus memperagakan aksi yang cemerlang untuk menjulang King’s Cup.