Perlawanan akhir Piala AFC yang melibatkan pertembungan antara KL City dan juga wakil Oman Al-Seeb difahamkan berlangsung jam 7 malam.
Aksi penting buat wakil Malaysia ini sudah tentunya menagih sokongan daripada puluhan ribu penyokong tegar dalam usaha melenyapkan harapan lawan di laman sendiri.
Walau bagaimanapun, aksi dramatik ini sedikit mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penyokong The City Boys apabila difahamkan berlangsung pada jam 7 petang.
Perkara ini mula tersebar luas apabila tiket yang dijual secara atas talian mula tertera waktu perlawanan pada 22 Oktober ini.
Laman Ticket Hotline itu menunjukkan bahawa perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini telah bakal bermula seawal jam 7 petang.
Peminat merasakan bahawa pemilihan waktu yang ditetapkan oleh pihak AFC ini agak kurang wajar disebabkan tidak mesra terhadap waktu umat Islam mengerjakan solat fardu.
Hal ini jelas menimbulkan reaksi yang bercampur-baur dalam kalangan penyokong sungguhpun mereka kekal bermotivasi untuk terus memberikan sokongan.
KL City kini hanya tinggal selangkah untuk mencipta kejutan sekaligus menjadi pasukan kedua dari Malaysia memenangi kejuaraan ini selepas kali terakhir dirangkul oleh JDT pada tahun 2015.