Final Piala Malaysia Bakal Diserikan Dengan Kehadiran Penonton Di Bukit Jalil
Dunia
Destimap
Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian, Malaysian Football League (MFL) secara rasmi telah menetapkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang akhir saingan Piala Malaysia 2021.

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diserikan kembali selepas 2 tahun sepi tanpa apa-apa perlawanan dari mana-mana pasukan. MFL tampil mengumumkan bahawa stadium ini akan menjadi gelanggang bagi aksi final Piala Malaysia 2021. 

Perkara itu telah disahkan pihak MFL selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan, semalam.

Advertisements

Pihak yang terlibat dalam mesyuarat kali ini berkaitan penganjuran pertandingan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ticket Hotline International Sdn Bhd, Datuk Zairil Ayu Ibrahim, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad Wakil Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd Nadzri Abd Wahab dan Ketua Jabatan Sains Sukan FAM, S Sivanesvaran.

Mereka juga diberi penerangan yang lebih mendalam daripada banyak aspek dalam mengurus perlawanan akhir tersebut antaranya mengenai aspek operasi dan teknikal, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, keselamatan dan pengangkutan. Penjualan tiket akan dilaksanakan secara dalam talian bagi aksi final pada 30 November 2021 kelak.

Sebelum ini, stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pernah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di kongres Stadium Dunia 2018. Stadium ini mampu menampung kapasiti 87,411 penonton, namun hal ini tertakhluk kepada SOP pihak penganjur kerana ianya melibatkan aspek keselamatan penonton. 

Advertisements

Menjelang kehangatan final Piala Malaysia 2021, ia merupakan satu berita yang baik buat peminat bola sepak tempatan. Perkara ini turut menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan pertandingan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram