Final Zon ASEAN Jadi Pendorong Sabah
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Separuh akhir Zon ASEAN bukan saja peluang Sabah FC untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024.

Malah, sekiranya mereka berjaya mengatasi cabaran wakil A-League, Macarthur di separuh akhir, skuad Badak bakal beraksi di final Zon ASEAN di Stadium Likas.

Ini selepas stadium itu dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai venue final Zon ASEAN Piala AFC. Final Zon ASEAN bakal diadakan pada 22 Februari 2024.

Advertisements

Hakikat ini disedari oleh pengurus pasukan Sabah, Joh Wid apabila ditanya hal berkenaan dalam sidang media pasca-cabutan undi pusingan kalah mati Piala AFC baru-baru ini.

Beliau melihat kejayaan mara ke final Zon ASEAN bukan saja satu kejayaan buat Sabah tetapi juga untuk arena bola sepak Malaysia. Justeru, Sabah akan melakukan yang terbaik agar dapat sampai ke peringkat seterusnya.

Advertisements

“Ya, seperti yang anda tahu, kita mewakili Malaysia sebenarnya. Dan itulah motivasi terbesar buat Sabah FC untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

“Dan kita akan pastikan seluruh penyokong bola sepak Malaysia akan memberikan sokongan kepada Sabah FC terutamanya yang berada di negeri Sabah. Kita akan berikan yang terbaik,” katanya.

Advertisements

Sabah bakal menentang Macarthur di Stadium Campbelltown untuk aksi separuh akhir Zon ASEAN pada 13 Februari 2024.

Satu lagi aksi separuh akhir Zon ASEAN menyaksikan juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners menentang wakil Kemboja, Phnom Penh Crown.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram