Forestieri Dan Bergson Jadi Kunci JDT Bertemu KL City
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dua tonggak import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri and Bergson da Silva bakal menjadi watak penting menjelang pertemuan Piala Sumbangsih menentang KL City FC, esok.

Menurut satu kenyataan oleh pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli, beliau percaya dua pemain ini bakal menjadi kunci kepada kejayaan pasukan Harimau Selatan.

Mengulas lanjut, beliau juga menegaskan bahawa kemenangan salah satu pasukan dalam perlawanan ini bakal menentukan hala tuju liga musim ini.

Advertisements

‘Piala Sumbangsih adalah gambaran persiapan yang telah dilakukan oleh pasukan.’

‘JDT dilihat lebih bersedia kerana mereka melakukan persiapan di Timur Tengah,’ – Ujar Pekan kepada NST.

Beliau juga merasakan bahawa kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia kepada KL City tahun lalu masih menghantui JDT namun mampu bangkit daripada kekecewaan tersebut.

Advertisements

Pekan melihat kehadiran Forestieri bakal membentuk gandingan yang digeruni di barisan serangan sekaligus memberi pengalaman buruk buat pasukan lawan.

Bekas pemain pasukan Udinese di Serie A ini sudah pasti mempunyai pengalaman yang luas untuk memebentuk gandingan bersama penyerang kelahiran Brazil, Bergson Da Silva.

‘JDT kelihatan sangat bersedia dan meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih baik untuk mengatasi pasukan lain.’

Advertisements

Namun begitu, beliau tidak mahu menafikan kemampuan pasukan KL City yang dilihat agak senyap dalam membuat persiapan kerana pasukan tersebut juga memiliki kualiti yang tersendiri.

Bojan Hodak juga sudah pasti mahu memberi kemenangan setelah hampir 22 tahun penantian manakala JDT mahu memperoleh kejuaraan kelima dalam Piala Sumbangsih.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram