Advertisement
Forestieri ‘Hargai’ Pengorbanan Sanusi
Dunia
MakanBola
JDT / SANUSI

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor selepas JDT berjaya menjuarai Piala FA 2022.

Dalam perlawanan akhir Piala FA 2022, JDT berjaya menewaskan Terengganu 3-1 menerusi 1 jaringan Arif Aiman dan 2 jaringan Bergson Da Silva.

Menerusi hantaran kisah Instagram terbaru Forestieri, beliau mengucapkan terima kasih kepada ‘rakannya’, Sanusi.

forestieri sanusi ig story Forestieri 'Hargai' Pengorbanan Sanusi

“Ini untuk kawan saya, @muhammadsanusimdnor_official, terima kasih atas sokongan anda, nikmatilah piala ini.”

Sanusi yang terkenal dengan sikap lawaknya itu sebelum ini memuat naik video dirinya memakai baju Terengganu sebagai tanda menyokong pasukan Terengganu di perlawanan akhir Piala FA 2022.

Hasrat Sanusi tidak kesampaian selepas pasukan Terengganu tewas 1-3 kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.