Advertisements
Frank Lampard Bakal Jadi Jurulatih Chelsea Kali Kedua?
Eropah
MakanBola
Sky Sports

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC berkemungkinan kembali menagih sentuhan bekas pengendali, Frank Lampard untuk mengemudi pasukan.

Berdasarkan beberapa laporan di Eropah, lagenda kelab tersebut difahamkan antara nama yang disebut kembali menjawat jawatan tersebut setelah dipecat kira-kira dua tahun lalu.

Beliau bagaimanapun difahamkan akan dilantik sebagai pengurus sementara sehingga The Blues mendapat jurulatih baharu.

Chelsea sebelum ini difahamkan berminat untuk membawa bekas jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann dan Enrique namun mereka difahamkan mahu menunggu musim panas untuk mengambil alih pasukan.

The Blues juga sedang mempertimbangkan pilihan jangka pendek sehingga melantik pengganti tetap Graham Potter.

Beliau juga dikesan berada di bangku penonton ketika menyaksikan Chelsea mengikat Liverpool 0-0 semalam.

Lampard dipecat oleh Chelsea pada Januari 2021 selepas 18 bulan menerajui tetapi kekal mendapat pujian penyokong Chelsea.

Bekas pemain tengah England itu mengetuai Chelsea menduduki tempat keempat teratas pada musim pertamanya walaupun terpaksa bekerja di bawah sekatan perpindahan.