Futsal: Dua Bintang Pahang Rangers Sah Sertai JDT
Futsal
Pahang Rangers FC
Advertisements

JDT tampak bersungguh-sungguh untuk menjadi pasukan yang digeruni dalam Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) musim 2023. Selain merekrut bekas jurulatih Real Betis, Juan Antonio Miguel Garcia sebagai jurulatih mereka, mereka turut merekrut dua pemain bintang Pahang Rangers.

Dua pemain tersebut ialah Mohd Awalluddin Mat Nawi dan Abu Haniffa Hasan. Pengumuman perpindahan mereka dibuat oleh Pahang Rangers menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Sebelum ini, sudah ada khabar angin yang menyatakan JDT bakal menyambar dua pemain kebangsaan daripada Pahang Rangers. Pengumuman ini menamatkan teka-teki identiti dua pemain yang dikatakan itu.

Advertisements

Awalluddin dan Abu Haniffa merupakan sebahagian daripada skuad Pahang Rangers yang menduduki tangga kedua MPFL 2022. Kedua-duanya juga merupakan tonggak skuad futsal kebangsaan yang dibimbing Chiew Chun Yong.

Selain Awalluddin dan Abu Haniffa, JDT dikhabarkan turut menyambar beberapa pemain utama pasukan futsal Selangor MAC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram