Gabriel Guerra Sendiri Tak Tahu Ke Mana Hilangnya Cabrera
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Misteri kehilangan bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera masih lagi kekal misteri selepas kali terakhir menyarung jersi JDT pada Ogos 2021 iaitu dalam aksi Liga Super menentang Sri Pahang.

Cabrera akhirnya dilepaskan pada penghujung musim 2021 walaupun pernah berada di dalam rancangan JDT untuk menjadi pemain naturalisasi. Sejak meninggalkan JDT, Cabrera terus hilang daru radar dan media sosial beliau juga turut sepi.

Advertisements

Bekas rakan duo serangan beliau di JDT, Gabriel Guerra juga telah ditanyakan mengenai ke mana hilangnya Cabrera selepas tamat kontrak di JDT. Guerra menegaskan beliau sendiri tidak tahu di mana Cabera berada.

“Saya sendiri tidak tahu nak beritahu apa. Kerana saya sendiri tidak tahu apa-apa,” luah Guerra yang pernah menggegarkan bola sepak Malaysia bersama-sama Cabrera sekitar tahun 2017.

Advertisements
Screenshot 2023 04 12 101156 Gabriel Guerra Sendiri Tak Tahu Ke Mana Hilangnya Cabrera
Penjelasan Gaby Guerra mengenai Cabrera

Hasil tinjauan di ruangan komen, seorang pengikut instagram Guerra berkata Cabrera kini telah bersara dari bola sepak selepas kontrak beliau tamat di JDT dan kini tidak lagi aktif menggunakan media sosial.

Untuk rekod, Cabrera merupakan antara pemain import terbaik pernah dimiliki JDT selepas berjaya menjaringkan 66 gol dalam 152 penampilan bersama skuad Harimau Selatan itu.

Advertisements

News Comments Account