Dunia
@ronaldinho_kelate
Advertisements

Bola sepak merupakan sukan yang didominasi oleh golongan lelaki di seluruh dunia. Dalam kalangan wanita juga ada yang meminatinya tapi sangat sedikit jumlahnya.

Namun, terdapat seorang gadis manis dari Kelantan telah membuktikan bahawa perempuan juga boleh mempunyai minat yang tinggi terhadap bola sepak sehingga dia sanggup menolak tawaran menjadi model oleh kerana cinta akan sukan tersebut.

cantik Gadis Manis Berjiwa Bola Sepak Sanggup Tolak Tawaran Jadi Model
Nur Syahindah antara bakat bola sepak wanita di Malaysia

Nur Syahindah Mohamad Kamal yang berumur 22 tahun ini menjadi tular di media sosial bukan setakat kecantikannya sahaja malah juga kerana kemahirannya tackle bola di atas padang.

Advertisements

Gadis kacukan Melayu-Cina Thailand ini memang sudah lama meminati bola sepak dan mula bergiat aktif dalam sukan tersebut sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan.

Nur Syahindah mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak

Disebabkan minatnya yang tinggi, Syahindah yang menjadikan ‘Ronaldinho’ sebagai idolanya telah mencuba nasib menghadiri sesi pemilihan bagi pasukan bola sepak wanita yang bernama Sador Glo Glowing FC.

Dengan pengalamannya berlatih bermain futsal selama setahun, dia telah berjaya dipilih untuk menyertai pasukan tersebut dan beraksi sebagai posisi pertahanan kiri mewakili negeri Kelantan.

Advertisements
Aksinya yang berkebolehan menggelecek bola.

Gadis yang digelarkan ‘Ronaldinho Kelate’ ini telah ditawarkan untuk menjadi model atau duta bagi pelbagai syarikat tudung dan barangan sukan. Namun, terpaksa menolaknya disebabkan mahu memberi komitmen dan fokus pada pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.

Nur dan ibunya Puan Nor Azma. Sama-sama cantik.

Meskipun begitu, gadis ini juga tidak menolak kemungkinan akan menimbangkan semula semua tawaran diterimanya itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram