Kalah Sekali, Presiden VFF Ambil ‘Tanggungjawab’ Terus Letak Jawatan
Dunia
FOX 24
Advertisements

Tidak lama selepas kegagalan Vietnam layak ke final Piala AFF, Presiden Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) Le Khanh Hai mengumumkan perletakan jawatan sebagai presiden badan bola sepak Vietnam itu.

Keputusan itu dibuat walaupun beliau masih mempunyai baki penggal setahun sebagai presiden persatuan paling berjaya dekad ini di rantau Asia Tenggara.

Bila ditanya oleh media Vietnam sama ada keputusan itu diketahui oleh VFF, Khanh Hai mengesahkan ia telah disampaikan kepada semua ahli Jawatankuasa Eksekutif VFF.

Advertisements

Sekiranya perletakan jawatan beliau diterima oleh pihak jawatankuasa, naib presiden VFF Tran Quoc Tuan akan menjadi pemangku presiden untuk sementara waktu.

Khanh Kai telah memegang peranan sebagai presiden VFF sejak 2018 menggantikan Le Hung Dung. Di bawah pentadbirannya, Vietnam menikmati pelbagai kejayaan seperti suku akhir Piala Asia 2019 dan pingat emas bola sepak Sukan SEA 2019.

Vietnam sebelum ini gagal mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2020 selepas tewas kepada Thailand sekaligus tewas buat kali pertama selepas 39 perlawanan berhadapan pasukan dari rantau ASEAN.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram